Jumaat, 28 Oktober 2016




KAMPONG PUTAT, MUKIM LUMAPAS,
DAERAH BRUNEI MUARA, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.




Terletak 37 Kilometer dari Bandar Seri Begawan, Kg Putat memiliki keluasan keseluruhan 7.85 kilometer per segi dan termasuk dalam Mukim Lumapas, Daerah Brunei Muara. Kg Putat terdiri dari Kg Baong, Kg Kupang, Pengkalan Batang dan Pengkalan Tinggi. Di samping itu Kg Putat dikeliling oleh kawasan-kawasan yang pernah diterokai pada masa lalu yang dikenali dengan nama-nama seperti Tabih, Pantuan, Selurah, Akar Putih, Ohok, Buang Kemudi, Tukang Sulong, Telaga Pagar, Telaga Siut, Bukit Kawah dan Si Candas. Kampong Baong merupakan kawasan terbesar dari kampong-Kampong yang lain. Memiliki sempadan bersama Kampong Kasat di Sebelah Timur dan di sebelah selatan berkongsi sempadan sungai dengan Limbang, Sarawak. Kampong Putat boleh di hubungi melalu Jalan Darat dan Jalan Sungai. Keadaan Landskap yang berbukit – bukau, berpaya dan dikelilingi oleh Sungai membentuk pemandangan yang sangat indah dan menarik. Mempunyai penduduk seramai 684 orang dengan bilangan rumah sebanyak 85 buah. Penduduk Kampong Putat keseluruhannya terdiri orang melayu Beragama Islam bekerja di sector kerajaan, swasta, menjalankan perniagaan dan pertanian.





STRUKTUR ORGANISASI 
KAMPONG PUTAT, MUKIM LUMAPAS

- KETUA KAMPONG PUTAT, 
      AWANG HAJI JUMAT BIN AKIM (Pengerusi MPK Putat)
- AHLI MAJLIS PERUNDINGAN KAMPONG
- JAWATANKUASA TAKMIR MASJID KG PUTAT
- BIRO WANITA MPK KG PUTAT
- AHLI KEJIRANAN MPK KG PUTAT
- BADAN SUKAN DAN BELIA-BELIA MPK KG PUTAT




PEMBANGUNAN
Kampong ini mengalami kemajuan infrastruktur asas yang pesat disediakan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia paduka Seri Baginda Sultan dan yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan atas usaha penduduk Kampong. Antaranya sebuah Sekolah Rendah,  Sekolah Ugama, Masjid, Pos Polis, Pos kawalan Imigresen, Penurunan Perahu, tempat pembuangan sampah, dua buah Jeti yang baru, penyediaan bekalan air bersih, talian telepon, Jalan Raya yang baik, stesen perhubungan DST dan Progressive Cellular Mobile.


PEREKONOMIAN
- KRAF TANGAN
- PERTANIAN
- MAKANAN
- PEMBUATAN


     



AKTIVITI KEAGAMAAN, KEMASYARAKATAN DAN SUKAN
Perpaduan dan kerjasama penduduk kampong sangat kukuh. Bermula semenjak Sekolah Rendah Kg Putat ditubuhkan pelbagai aktiviti keagamaan, sukan ria, kemasyarakatan, kebajikan dan kebudayaan diungkayahkan hingga ke hari ini. Masyarakat Kampong terutama para belia juga aktif dalam bidang sukan dan meraih beberapa kejayaan dalam sukan permainan gasing.





TAMAN REKREASI HERBA


Bagi merealisasikan seruan projek ‘Satu kampong Satu Produk’, penduduk Kampong secara bergotong-Royong mengusahakan ‘Taman Rekreasi Herba’ Kampong Putat yang dirasmikan pada 5hb Jun 2010 sempena Hari Alam Sekitar Sedunia. Pada Peringkat awal, taman ini berasaskan produk Eco- Pelancongan dan akan dikembangkan bagi penghasilan, pembuatan dan penjualan produk herba pada masa akan datang. Pokok-pokok herba yang terdapat di taman ini terdiri daripada sepsis asli yang sedia tumbuh di kawasan taman, didapatkan dari tempat lain dan luar Negara.
Usaha penduduk Kampong ini mendapat perhatian dari Jabatan alam Sekitar, taman dan Rekreasi, Kementerian Pembangunan dan Jabatan Daerah Brunei dan Muara, Kementerian Hal Ehwal dalam Negeri dengan membina lima buah pondok lengkap dengan kursi meja dan tempat berbeku, tempat letak kereta, tandas, sebuah bangunan pelbagai guna (pentas dan tempat kaklimat dan mesyuarat) dan laluan berjalan kaki dari pondok ke pondok.
Pada masa ini Taman Rekreasi Herba Kg Putat memilik keluasan 5 Hektar dan dianggarkan terdapat 95 jenis spesis herba antaranya ialah:

1.     Sambar Bisa
2.     Kunyit Hantu
3.     Sirih Sampar
4.     Salimbara
5.     Sinaran Bulan
6.     Pangku Anak
7.     Langir Hantu
8.     Sambong Nyawa
9.     Tundun Biawak
10.   Talibas dan banyak lagi



Eko-pelancongan boleh meningkatkan nama kampong dan Negara dimata masyarakat antarabangsa.
Taman Herba Kampong Putat telah menerima ramai kunjungan dalam dan luar negara antaranya pembesar-pembasar Negara, penuntut Universiti dan sekolah-sekolah, pesara-pesara, dan pengunjung dari luar negeri antaranya  Lawatan negeri Perak, Wilayah Persekutuan Labuan, dan lawatan kerja jabatan Pertanian Malaysia.
Pelancong dalam dan luar Negara dikenakan caj kemasukan cuma $5.00 / orang sahaja ianya sangat murah berbanding dengan tempat-tempat lain dinegara ini. Perkhidmatan sajian juga disediakan bagi mereka yang memerlukan dan ditempah lebih awal. Bayaran di kenakan ialah $5.00 seorang.
Taman Rekreasi Herba juga digunakan untuk acara-acara Hari Keluarga, Ssambutan Maulidur Rasul, sukan ria dan sebagainya.
Majlis Perundingan kg Putat merancang di masa akan datang untuk membina homestay, Trek Jogging yang lebih panjang daripada yang sedia ada, perkhidmatan untuk merentasi sungai Putat ke Bandar seri Begawan serta kawasan persekitaraan yang mana sangat berpotensi untuk diterokai. Kawasan ini kaya denga flora dan fauna, antaranya hutan kayu bakau, pokok nipah dll
Disamping itu MPK Kg Putat melalui biro wanita juga menghasilkan produk utama mereka iatu kuih bahulu dan Tumpi rangup berbagai rasa disamping kuih-muih yang lain.

<<<<<*>>>>>


Tiada ulasan:

Catat Ulasan