HARI KELUARGA KAMPONG PUTAT 2016
Pada 25 September
2016 yang lepas Majlis Perundingan Kampong telah mengelolakan Hari Keluarga
Kebangsaan bagi Kampong Putat. Tetamu Kehormat pada hari itu ialah Yang
Berhormat Pehin Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Awg Haji Abu Bakar bin Hj Apong
dan Isteri Datin Paduka Hajah Jaharah Binti Hj Mohammad.
Acara pada hari itu
dimulakan dengan Menaikkan Bendera, dan Lagu Kebangsaan yang
disampaikan oleh murid-murid Sekolah Rendah Putat
Selepas itu bacan
ayat suci Al-Quran disampaikan oleh Yang Mulia awg Abdul Mu'in bin Abdul Hamid.
Beliau merupakan johan Pertandingan Membaca Al-Quran kanak-Kanak Peringkat
Kebangsaan.
Dalam ucapan Yang
Berhormat Pehin memuji usaha-usaha Majlis Perundingan Kampong dan Biro Wanita
Kampong Putat dalam mengutamakan kepentingan pendidikan anak-anak seperti
memberi bantuan kemudahan pembelajaran kepada anak-anak sekolah Rendah Kampong
Putat yang memerlukan bantuan. Begitu juga dengan skim galakan dan penghargan
oleh MPK kepada penuntut-penuntut yang berjaya dan cemerlang dalam bidang
akedemik. Yang berhormat Pehin juga menekankan pentingnya penduduk Kampong
Putat menghasilkan creativiti menghasilkan dan mempelbagaikan produk kampong bagi
meningkatkan sumber pendapatan dan kualiti hidup. Akhir ucapan YB Pehin memuji
sikap bedikari penduduk dalam membina dan meningkatkan Taman Rekreasi Herba
Kampong Putat yang telah menarik banyak pengunjung dalam dan luar negeri.
Sebelum itu ucapan
alu-aluan oleh Pengerusi majlis yang juga Ketua Kampong Putat Yang Mulia Awg
Haji Jumat bin Akim. Beliau menyatakan Hari Keluarga Kg Putat ini di adakan
bagi mengukuhkan institusi kekeluargan, kesetiaan kepada Ugama, Raja dan Negara.
Antara tetamu khas
yang turut diundang hadir ialah Yang Mulia Dato Seri Setia Dr Awg Haji Japar
bin Hj Mat Dain@ Maidin Timbalan Mufti Negara Brunei Darussalam, Jabatan
Perdana Mentri dan Datin, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam
Negeri Yang Mulia Awg Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka
Hj Yusof, Timbalan Setiausaha Tetap -Timbalan Setiusaha Tetap Kementeria Hal
Ehwal dalam Negeri Yang Mulia Awg Haji Idris bin Hj Md Ali dan Yang Mulia Awg
Mohd Sunardi bin Hj Buntar. Dan Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara Yang
Mulia Awg Misle bin Hj Abdul Karim
Tetamu Kehormat
dibawa ke Dapor Biro Wanita bagi menyaksikan demo produk yang dihasilkan oleh
Biro Wanita. Seterusnya beliau dibawa menyaksikan gerai jualan, persembahan
dari anak buah Kampong sambil menikmati
jamuan yang disediakan oleh 3 buah pondok iatu pondok Pengkalan, pondok Baong
dan pondok Putat.



Tetamu Kehormat dan
Pegawai Kanan Kementeria Hal Ehwal dalam Negeri bergambar ramai bersama Ahli
Kejiranan Kampong Putat. Acara sukan ria dimulakan disebelah petang. Antara
acara sukan yang mengambil tempat ialah peraduan melukis dan mewarna, Mengutip
gula-gula siapa banyak, Stop Dance, Round Chair, Memindah air Ke dalam botol
dan banyak lagi.
Acara berakhir
kira-kira pukul 6.00 petang dengan penyampaian hadiah pemenang keseluruhannya
pada tahun ini dimenangi oleh Pondok Putat, naib juara ialah Pondok Baong
manakala juara tahun lepas hanya menduduki tempat ketiga. Tahniah diucapkan kepada
Pondok Putat. Dan Tahniah juga kepada Ketua Kampong dan MPK Putat, Biro Wanita
dan seluruh penduduk kampong Putat kerana berjaya menganjurkan acara dengan
penuh kekeluargaan yang gilang gemilang, Hip Hip Hurry, Hip Hip Hurry.
<<<<<<*>>>>>
Tiada ulasan:
Catat Ulasan