Rabu, 9 November 2016




LAWATAN DARI DELEGASI SELATAN THAILAND


Seramai 75 orang dari Institut Rajapark, Kampus Yala, Thailand diketuai oleh Pengarahnya, Professor Madya Kasem Benchawong mengadakan lawatan ke taman Rekreasi Herba Kampong Putat pada selasa 18 Oktober 2016 yang baru lalu. Semasa di sini mereka dialu-alukan dan diberi taklimat mengenai Taman Herba oleh Ketua Kampong Putat, Haji Jumat bin Akim. Selepas itu rombongan dari Thailand itu dibawa meninjau secara lebih dekat persekitaran Taman Herba berkenaan.


Menurut Professor Madya Kasem Benchawong tujuan lawatan adalah untuk mengukuhkan dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kedua-dua buah Negara, khasnya  denga warga Kampong Putat serta berkongsi  maklumat terkini mengenai Herba untuk dikembangkanmajukan bukan saja di dalam negara tetapi juga di luar Negara. Rombongan juga dibawa ke Dapur Biro Wanita bagi menyaksikan damo produk Kampong Putat. Ini merupakan lawatan kali kedua rombongan berkenaan melawat Taman Rekreasi Herba Kampong Putat, lawatan pertama ialah pada tahun lepas 2015.

  





Selasa, 8 November 2016



HARI KELUARGA KAMPONG PUTAT 2016


Pada 25 September 2016 yang lepas Majlis Perundingan Kampong telah mengelolakan Hari Keluarga Kebangsaan bagi Kampong Putat. Tetamu Kehormat pada hari itu ialah Yang Berhormat Pehin Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Awg Haji Abu Bakar bin Hj Apong dan Isteri Datin Paduka Hajah Jaharah Binti Hj Mohammad.

Acara pada hari itu dimulakan dengan  Menaikkan Bendera,  dan Lagu Kebangsaan yang disampaikan oleh murid-murid Sekolah Rendah Putat

Selepas itu bacan ayat suci Al-Quran disampaikan oleh Yang Mulia awg Abdul Mu'in bin Abdul Hamid. Beliau merupakan johan Pertandingan Membaca Al-Quran kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan.

Dalam ucapan Yang Berhormat Pehin memuji usaha-usaha Majlis Perundingan Kampong dan Biro Wanita Kampong Putat dalam mengutamakan kepentingan pendidikan anak-anak seperti memberi bantuan kemudahan pembelajaran kepada anak-anak sekolah Rendah Kampong Putat yang memerlukan bantuan. Begitu juga dengan skim galakan dan penghargan oleh MPK kepada penuntut-penuntut yang berjaya dan cemerlang dalam bidang akedemik. Yang berhormat Pehin juga menekankan pentingnya penduduk Kampong Putat menghasilkan creativiti menghasilkan dan mempelbagaikan produk kampong bagi meningkatkan sumber pendapatan dan kualiti hidup. Akhir ucapan YB Pehin memuji sikap bedikari penduduk dalam membina dan meningkatkan Taman Rekreasi Herba Kampong Putat yang telah menarik banyak pengunjung dalam dan luar negeri.

Sebelum itu ucapan alu-aluan oleh Pengerusi majlis yang juga Ketua Kampong Putat Yang Mulia Awg Haji Jumat bin Akim. Beliau menyatakan Hari Keluarga Kg Putat ini di adakan bagi mengukuhkan institusi kekeluargan, kesetiaan kepada Ugama, Raja dan Negara.

Antara tetamu khas yang turut diundang hadir ialah Yang Mulia Dato Seri Setia Dr Awg Haji Japar bin Hj Mat Dain@ Maidin Timbalan Mufti Negara Brunei Darussalam, Jabatan Perdana Mentri dan Datin, Setiausaha Tetap Kementerian  Hal Ehwal Dalam Negeri Yang Mulia Awg Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Hj Yusof, Timbalan Setiausaha Tetap -Timbalan Setiusaha Tetap Kementeria Hal Ehwal dalam Negeri Yang Mulia Awg Haji Idris bin Hj Md Ali dan Yang Mulia Awg Mohd Sunardi bin Hj Buntar. Dan Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara Yang Mulia Awg Misle bin Hj Abdul Karim

Tetamu Kehormat dibawa ke Dapor Biro Wanita bagi menyaksikan demo produk yang dihasilkan oleh Biro Wanita. Seterusnya beliau dibawa menyaksikan gerai jualan, persembahan dari anak buah Kampong sambil menikmati jamuan yang disediakan oleh 3 buah pondok iatu pondok Pengkalan, pondok Baong dan pondok Putat.


 
 



 
 


Tetamu Kehormat dan Pegawai Kanan Kementeria Hal Ehwal dalam Negeri bergambar ramai bersama Ahli Kejiranan Kampong Putat. Acara sukan ria dimulakan disebelah petang. Antara acara sukan yang mengambil tempat ialah peraduan melukis dan mewarna, Mengutip gula-gula siapa banyak, Stop Dance, Round Chair, Memindah air Ke dalam botol dan banyak lagi. 














Acara berakhir kira-kira pukul 6.00 petang dengan penyampaian hadiah pemenang keseluruhannya pada tahun ini dimenangi oleh Pondok Putat, naib juara ialah Pondok Baong manakala juara tahun lepas hanya menduduki tempat ketiga. Tahniah diucapkan kepada Pondok Putat. Dan Tahniah juga kepada Ketua Kampong dan MPK Putat, Biro Wanita dan seluruh penduduk kampong Putat kerana berjaya menganjurkan acara dengan penuh kekeluargaan yang gilang gemilang, Hip Hip Hurry, Hip Hip Hurry.


<<<<<<*>>>>>