LAWATAN DARI DELEGASI SELATAN
THAILAND
Seramai 75 orang dari Institut Rajapark, Kampus Yala, Thailand diketuai oleh Pengarahnya, Professor Madya Kasem Benchawong mengadakan lawatan ke taman Rekreasi Herba Kampong Putat pada selasa 18 Oktober 2016 yang baru lalu. Semasa di sini mereka dialu-alukan dan diberi taklimat mengenai Taman Herba oleh Ketua Kampong Putat, Haji Jumat bin Akim. Selepas itu rombongan dari Thailand itu dibawa meninjau secara lebih dekat persekitaran Taman Herba berkenaan.
Menurut Professor
Madya Kasem Benchawong tujuan lawatan adalah untuk mengukuhkan dan mengeratkan
lagi hubungan silaturahim antara kedua-dua buah Negara, khasnya denga
warga Kampong Putat serta berkongsi maklumat terkini mengenai Herba untuk
dikembangkanmajukan bukan saja di dalam negara tetapi juga di luar Negara.
Rombongan juga dibawa ke Dapur Biro Wanita bagi menyaksikan damo produk Kampong
Putat. Ini merupakan lawatan kali kedua rombongan berkenaan melawat Taman
Rekreasi Herba Kampong Putat, lawatan pertama ialah pada tahun lepas 2015.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan