Selasa, 13 Disember 2016




MEMPERINGATI HARI KELAHIRAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD SAW

Bismillahir Rahmaanir Rahiim

Allahumma salli ‘Ala Syyaidina Muhammad, wa ‘ala ‘ali Syyadina Muhammad,

 "Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu untuk nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya"
(QS Al Ahzab 56)

"Barangsiapa yang berselawat kepadaku sekali, maka Allah akan berselawat untuknya 10 kali"
(HR. Muslim 384)

Alhamdullilah setiap 12 Rabiulawal tahun hijrah, umat islam diseluruh dunia menyambut dan merayakan hari kelahiran Baginda Nabi Muhammad SAW penutup segala nabi. Dan negara Brunei Darussalam tidak ketinggalan dalam merayakannya dengan caranya yang tersendiri. Semalam berakhir sudah majlis bedikir 12 malam beturut-turut  di semua masjid dan surau seluruh negara dengan acara kemuncak perhimpunan dan perarakan Maulid Nabi di taman Haji Omar Ali Saifuddin. Masjid kampong Putat tidak ketinggalan mengadakan majlis bezikir 12 malam beturut bermula pada malam khamis 1 Rabiulawal 1438 bersamaan dengan 30 November 2106. Acara penutup pada malam itu di mulakan dengan bacaan surah Al fatihah oleh Imam Masjid kampong Putat yang Mulia Awg Haji Rungging bin Malik. Dikir Syarafil Anam seperti biasa dipimpin oleh Cikgu Awg Joharnor bin Hj Rungging. Turut hadir pada majlis penutup malam itu ialah Ketua Kampong Putat yang Mulia Awg Haji Jumat Bin Akim, Ahli Jawatan Kuasa takmir Masjid, Ahli-Ahli Majlis Perundingan kampong Putat serta Biro Wanita dan penduduk kampong Putat. Majlis diakhiri dengan dikir Marhaban dan bacaan doa dikir dibacakan oleh Bilal Masjid kampong Putat Yang Mulia Awg Md salleh bin Hj Abdul Rahman.


 
 

 



Biro Wanita Majlis Perundingan Kampong Putat juga tidak ketinggalan mengadakan majlis dikir syarafil Anam betempat di rumah Ketua Kampong Putat. Hadir bersama pada majlis itu ialah isteri Ketua Kampong selaku tuan rumah.




Hiasi hidup kitani dengan berselawat setiap hari. Yaa Allah Kurniakanlah kami syafaat nabi mu dan lindungilah kami ketika tiada perlindungan di hari kiamat di padang Masyar. Aameeen 3x Yaa Rabbal 'alamiin.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan