Jumaat, 9 Disember 2016



KEJOHANAN BOLASEPAK 5 ORANG SEPASUKAN

Majlis Perundingan Kampong melalui Badan Sukan dan Belia-Belia baru-baru ini iaitu pada 4hb Disember 2016 telah menganjurkan kejohanan bolasepak 5 orang sepasukan bertempat di padang sekolah Rendah Kampong Putat. Seramai 12 pasukan telah mengambil bahagian dalam pertandingan itu yang terdiri dari anak-anak Kampong yang menetap di kampong Putat serta mereka yang telah menetap di kampong lain tetapi berasal dari Kampong Putat. Malah ada peserta yang telah menetap di Kuala Belait juga tidak ketinggalan menyertainya.

Tetamu Khas pada hari itu ialah Penghulu Mukim Lumapas Yang Mulia Awang haji Bakar bin Mansor. Dalam ucapan alu-aluan Ketua Kampong Putat yang Mulia Awg Haji Jumat bin Akim yang juga merupakan penasihat badan Sukan dan Belia-Belia Majlis Perundingan Kampong menekankan pentingannya bagi masyarakat memupuk semangat kesukanan disamping dapat mengertkan hubungan silaturahim memandangkan sebahagian dari peserta telah behijrah ke kawasan perpindahan. Selain itu pertandingan ini juga mampu menjadi wadah pengisian musim percutian hujung tahun yang panjang dengan cara yang positif dan sihat.Turut hadir pada hari itu ialah Guru Besar Sekolah Rendah Kampong Putat dan Isteri Ketua Kampong serta Ahli-ahli Majlis Perundingan Kampong Putat.

Nama-Nama pasukan telah diambil dari nama-nama kawasan disekitar kampong Baong dan Putat. Antaranya ialah Buang Kemudi, Tabih, Pantuan, Selurah, Bukit Kawah, Ohok, Akar Putih, Tukang Sulong, Naribong, Telaga suit, Telaga Pagar dan Si Candas tujuannya ialah bagi memperkenalkan kepada generasi baru akan keberadaan tempat-tempat berkenaan yang mana ternyata kebanyakan dari mereka baru pernah mendengar.


 
 

 


Pertandingan kali ini telah dijuarai oleh Pasukan Akar Putih yang di ketuai oleh Awg Khamiruddin Mereka menerima pingat Emas dan membawa pulang piala pusingan sumbangan Ketua kampong Putat yang Mulia Awang Haji Jumat bin Akim. Tempat Kedua dan Ketiga masing-masing dimenangi oleh Pasukan Tukang Sulong dan Bukit Kawah. Awg Md Raimi bin Roslani telah dipilih menjadi pemain Terbaik Kejohanan Bolasepak 5 orang Sepasukan 2016. Beliau menerima sebuah plak sumbangan Penghulu Mukim Lumapas Yang Mulia Awg Haji Bakar Bin Mansor dan sepasang baju ‘Aron Aziz’ yang disumbangkan oleh Awg Haji Kifli bin hj Azahari.

 Juara Pasukan Akar Putih

 Naib Juara Tukang Sulong


Ketiga Bukit Kawah


Pemain Terbaik kejohanan 2016 Awg Md Raimi bin Roslani


Tahniah kepada ahli jawatan kuasa Badan Sukan dan Belia-Belia Majlis Perundingan Kampong Putat sebagai penganjur kejohanan bolasepak 5 orang sepasukan kerana telah berjaya dengan penuh didikasi dan kerja keras  menganjurkan kejohanan sehari suntuk dengan cemerlang.


<<<<<*>>>>

Sebelum itu ahli jawatankuasa Badan Sukan dan Belia-Belia MPK seminggu sebelum kejohanan dilangsungkan telah mengadakan program bergotong – royong memotong rumput, menggaris padang serta memasang banner di kawasan padang Sekolah Rendah Kampong Putat yang mana telah mendapat sambutan yang sangat menggalakan dari penduduk Kampong.





















Tiada ulasan:

Catat Ulasan